Thursday 26 July 2012

Ramadhan ya Ramadhan

Ramadhan tiba membawa Rahmat,

Dari terbit fajar hingga terbenam nya matahari adalah tempoh penahanan serta ikatan nafsu bagi setiap insan muslim yang wajib menahan makan dan minum serta dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengurang jua membatalkan ibadah puasa dikala bulan yang indah mulia ini.
Ramai diantara kita alpa akan sesuatu di ramadhan ini, sering diabaikan, serta diendahkan sebegitu sahaja. perkara tersebut merupakan ketaatan serta keabadian hamba pada maha penciptanya sendiri. 
Bulan serta Matahari merupakan contoh paling cemerlang diikuti. hal ini kerna Bulan dan matahari tidak pernah membangkang dan tidak pernah mengingkari perintah Allah s.w.t sejak bulan dan matahari di ciptakan. dari terbit fajar hingga terbenam nya matahari sesudah itu timbul pula bulan untuk menerangi bumi dengan keindahan purnama sehingga la keesokan hari nya dan ditukarkan semula oleh matahari. begitulah sehari-harian tanpa jemu dan ingkar bulan dan matahari menurut perintah Allah s.w.t



"Wahai Makhluk tuhan yang bernama Manusia, yang diciptakan dari tanah dan berketurunan ADAM, dan telah disempurnakan iman serta ajaran oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400h dahulu lagi, mengapakan kita sering mengingkari perintah tuhan yang maha kaya dengan kekuasaan nya itu?".......

Renungan bagi kita semua di bulan kerahmatan dan keampunan ini wahai saudara saudari isalamku. semoga tergolong dari ummat yang bersyukur dan bertaubat.....  ^_^

Wednesday 18 July 2012

Assalamualaikum w.r.t

Mukadimah selaga bicara..

Seindah bicara permulaan bismillah, memuji kepada yang berkuasa lagi maha kaya dengan dzatnya. kisah ku bukanlah bahan bicara mahupun bawaan mulut ramai orang, akan tetapi untuk kongsian bersama rakan-rakan yang sudi memberi masa membaca dan bersama luahan pandangan yang bernas....


Semoga menjadi lonjatan serta menjadi penghibur dalam menyemai keindahan kehidupan di dunia yang sementara ini....


Insyaallah  ^_^