Tuesday 14 August 2012

Wednesday 8 August 2012

Remaja oh masalah Remaja

Fakta : Masalah sosial adalah sesuatu yang merangkurni pelbagai tingkah laku negatif di dalam 
anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur 
ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang 
mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam  gejala sosial yang kurang sihat ini. 
Menurut :
Abd. Rahim (2006),
 penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa 
faktor, antaranya faktor dalaman diri remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personaliti, 
kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. 

Zainal dan Sharani (2004)  pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi  punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja. 

Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis 
identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran 
itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang menguasai diri 
remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial yang sememangnya 
parah akan bertambah parah. Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman kepada 
sumber tenaga manusia boleh merugikan negara  dalam jangka masa panjang.


Muhasabah Diri: Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini dipengaruhi beberapa faktor. 
Dalam kajian ini, empat faktor diambil kira dalam mendapatkan dapatan kajian. Faktor tersebut adalah faktor diri sendiri, faktor latar belakang keluarga, bentuk pengaruh rakan sebaya dan permasalahan 
yang wujud di persekitaran sekolah. Dapatan  kajian menunjukkan faktor diri sendiri paling 
mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial berbanding faktor-faktor lain.

Remaja pada masa kini seharusnya lebih kuat dan mempunyai jati diri 
yang mantap supaya dapat mengawal diri dari gejala-gejala sosial. Sesungguhnya, remaja yang 
unggul dan berkualiti.

sumber dari;

Thursday 2 August 2012

Lonely 0.o ??

http://www.facebook.com/AririkariHidup ini bagaikan air yang mengalir disungai, kekadang ianya berarus deras dan kekadang arusnya mula mengalir dengan perlahan dan menampakkan ketenangan serta kesegaran.
begitu jua la kehidupan manusia yang kini bagaikan tiada nokhtah serta pelbagai warna telah dicampur. begitulah aku seperti insan lain yang punya fail masalah kehidupan yang tanpa henti serta penghujungnya. hidup yang penuh dengan igauan serta mimpi-mimpi yang bermain diminda.


Pernah seorang cerdik pandai berkata pada ku, dia(manusia) bagaikan pelakon yang sedang berlakon dipentas demi memuas serta menggembirakan hati dan jua perasaan orang akan tetapi dirinya bagai disisih serta tidak dianggap puas malahan sunyi tanpa teman disisi yang dapat mengembirakan dia(manusia).

Wah, sungguh penat dikala begini.......
Kepada mu Tuhan yang Maha Berkuasa aku bermohon....insyallah  ^_^

Thursday 26 July 2012

Ramadhan ya Ramadhan

Ramadhan tiba membawa Rahmat,

Dari terbit fajar hingga terbenam nya matahari adalah tempoh penahanan serta ikatan nafsu bagi setiap insan muslim yang wajib menahan makan dan minum serta dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengurang jua membatalkan ibadah puasa dikala bulan yang indah mulia ini.
Ramai diantara kita alpa akan sesuatu di ramadhan ini, sering diabaikan, serta diendahkan sebegitu sahaja. perkara tersebut merupakan ketaatan serta keabadian hamba pada maha penciptanya sendiri. 
Bulan serta Matahari merupakan contoh paling cemerlang diikuti. hal ini kerna Bulan dan matahari tidak pernah membangkang dan tidak pernah mengingkari perintah Allah s.w.t sejak bulan dan matahari di ciptakan. dari terbit fajar hingga terbenam nya matahari sesudah itu timbul pula bulan untuk menerangi bumi dengan keindahan purnama sehingga la keesokan hari nya dan ditukarkan semula oleh matahari. begitulah sehari-harian tanpa jemu dan ingkar bulan dan matahari menurut perintah Allah s.w.t



"Wahai Makhluk tuhan yang bernama Manusia, yang diciptakan dari tanah dan berketurunan ADAM, dan telah disempurnakan iman serta ajaran oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400h dahulu lagi, mengapakan kita sering mengingkari perintah tuhan yang maha kaya dengan kekuasaan nya itu?".......

Renungan bagi kita semua di bulan kerahmatan dan keampunan ini wahai saudara saudari isalamku. semoga tergolong dari ummat yang bersyukur dan bertaubat.....  ^_^

Wednesday 18 July 2012

Assalamualaikum w.r.t

Mukadimah selaga bicara..

Seindah bicara permulaan bismillah, memuji kepada yang berkuasa lagi maha kaya dengan dzatnya. kisah ku bukanlah bahan bicara mahupun bawaan mulut ramai orang, akan tetapi untuk kongsian bersama rakan-rakan yang sudi memberi masa membaca dan bersama luahan pandangan yang bernas....


Semoga menjadi lonjatan serta menjadi penghibur dalam menyemai keindahan kehidupan di dunia yang sementara ini....


Insyaallah  ^_^